FALSAFAH DAN MATLAMAT

Falsafah

SMK Gerik sebagai institusi untuk mendidik murid-murid sekolah menengah yang terpilih sebagai persediaan pengajian ke peringkat tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mencakupi bidang-bidang:

  • i.              Pengajaran
  • ii.             Pemudahcaraan
  • iii.            Bimbingan dan pembentukan sahsiah
  • iv.           Gerak kerja luar dan pentadbiran
  • v.            Perhubungan dengan komuniti dan agensi luar.

Nilai

Nilai yang dijunjung oleh seluruh warga SMK Gerik ialah:

“Imej dan Kecemerlangan Dibina Melalui Budaya Kerja Berpasukan”

Matlamat

  • Melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan  Kebangsaan serta lain-lain rancangan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan  Malaysia.
  • Mencapai cita-cita dan hasrat pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
  • Meningkatkan mutu pendidikan dengan menekankan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.
  • Melahirkan masyarakat Malaysia yang dapat memberi sumbangan  terhadap keharmonian dan kemakmuran negara.
  • Meletakkan ilmu dan amal dalam satu kesatuan yang kukuh, yang  menjalin keseimbangan di antara intelek, rohani, emosi dan jasmani.
  • Menguasai dan menjiwai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu.
  • Memupuk nilai-nilai yang dapat mewujudkan perpaduan antara rakyat.
  • Memberi pendidikan agama kepada murid-murid Islam supaya menjadi insan yang taat kepada perintah Allah s.w.t. dan mengamalkan sifat-sifat terpuji.

17 total views, 1 views today