Pandu Puteri

Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan salah satu daripada 144 organisasi anggota Persatuan Pandu Putri dan Pengakap Puteri Sedunia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah ditubuhkan secara rasminya dalam tahun 1917 dan ibu Pejabat Kebangsaan kini terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur sejak tahun 1957. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan tanah air, bangsa dan masyarakat. Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin berwibawa.

Ahli Jawatankuasa :

  • Pn. Rozaida binti Hussin
  • Pn. Roslizawati binti Ariffin
  • Pn. Khairiah binti Ali
  • Pn. Sarina binti Che Soh
  • Pn. Sarina binti Hassan
  • Pn. Wan Nur Haslinda binti Wan Adik

 25 total views,  1 views today